By In-team
# Ingatkah kalian mengenai peristiwa Perang Uhud? peperangan dimana tentera Islam mendapat malu besar kerana kekalahan yg berpunca dari kelalaian mereka sendiri..ketika tenteraIslam merasakan mereka sudah beroleh kemanangan, mereka mengambil mudah benteng pertahanan kerana rambang mata melihat harta rampasan milik pihak lawan. dlam masa yang sama tentera musuh bijak mengambil kesempatan utk menyerang kembali. Selain itu, ia juga berpunca kerana mereka melengahkan strategi yang di rancang baginda Rasulullah SAW. Dalam perang inilah menyaksikan syahidnya Saidina Hamzah asadullah, iaitu gelaran yg bermaksud Singa Allah..pepatah arab selalu menyamakn seseorang yang garang seperti singa..Rasulullah turut tercera dan hampir menjadi korban.. dalam kisah ini juga muncul watak Hindun, si pemakan hati yang merobek hati Hamzah kerana dendam..Lagu In-team ni kira summary kisah perang Uhud..ada annotations juga dimasukkan oleh tuan video..terima kasih sangat2 kerana mengupload video yang baik ini..
p/s: ni yang aku ingt sket2..selanjutnya boleh la google..boleh baca complete ceritanya.. =)
# First time dgr lagu ni memang xdpt tahan sebak..sedih sagt..begitu hebat perjuangan Sayidina terhadap Islam..mengenangkan diri sendiri, Muslim bagaimakah aku ini?sudahkan semua perkara yg disuruh Allah dilaksanakan?? bgaimana pula dengn segala larangan, adakah dah ditingkalkan semuanya?perkara2 sunat pulak macammana?hukum hakam semua tahu ke?apakah sumbangan kamu terhadap Islam..bila ditanya sanggupkah kamu mati syahid, boleh dikatakan semua org nak..sape xnak masuk syurga kan..tp layakkah kita menjadi wakil Islam sedangkan diri kita masih terumbang ambing?tambah menyedihkan perang sekarang pn macam2..dalam kes membebaskan tanah Islam dari belenggu kuffar adalah tanggungjawab kita bersama..bagaimana pula dgn pengebom berani mati, yg perang sesama Islam etc..syahidkah mereka itu bukan kita yang menentukan ..rasanya ramai yg keliru jgk kn..Allah Maha Mengetahui segala yg tersurat dan tersirat..tp tanya diri sendiri, adakah kita seberani itu?
Aku hanyalah manusia biasa
Yang bisa tertipu akan fatamorgana
Indahnya dunia,
Kusangka itulah yang kumahu
Tanpa mengenal ketenangan hakiki
Seketika aku tersedar
Seketika aku terlena
Duniawi Ukhrawi
Dua-duanya kumahu
Tolong ingatkan aku
Akan tiba waktunya nadi ini berhenti,
Bulatnya bumi tiada rupa lagi
Kembali kita semua kepada-Nya
Pencipta atas setiap sesuatu
~Nur~
1 comment:
like this entry :)
Post a Comment